JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MPM - 08 SEPT 2016

JAWATAN KOSONG JOBCARI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia MPM September 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia MPM sebagaimana berikut:

1. Pegawai Peperiksaan DG41 - RM1,917.00 - RM8,652.00

PERMOHONAN 
Borang Permohonan MPM 1 dicetak sendiri melalui pautan dibawah. Borang ini juga boleh difotostat. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, dan lain-lain sijil berkaitan serta salinan kad pengenalan.

Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan

(u.p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh tutup : 08 SEPT 2016

IKLAN KEKOSONGAN
BORANG PERMOHONAN