JAWATAN KOSONG TERBARU DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KPM - 26 OGOS 2016

jobcari kpm

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia KPM Ogos 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia KPM sebagaimana berikut:

1. Guru International Baccalaureate Diploma Programme IBDP

i. Theory of Knowledge (TOK) – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
ii. Bahasa Melayu  – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
iii. Biology – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, N. Sembilan

SYARAT LANTIKAN
1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Kelulusan Ikhtisas pendidikan dari mana-mana institusi Pendidikan di Malaysia.
3. Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

PERMOHONAN
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan melampirkan 3 tahun salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.

Resume yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
ARAS 3, BLOK 2251,
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR 

Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Lokasi : PERAK & NEGERI SEMBILAN
Tarikh tutup : 26 OGOS 2016

IKLAN KEKOSONGAN DAN PERMOHONAN