JAWATAN KOSONG TERBARU DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG UMP - 19 OGOS 2016

JAWATAN KOSONG UMP

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang UMP Ogos 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang UMP sebagaimana berikut:

1. Pegawai Tadbir N41 - Kontrak
2. Pereka B41 - Kontrak
3. Penolong Pegawai Perubatan U29 - Tetap
4. Penolong Pegawai Sains C29 - Kontrak
5. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 - Tetap
6. Pembantu Tadbir P/O N19 - Kontrak

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP di pautan dibawah. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Atas Talian (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui laman web UMP). 

Permohonan yang tidak dibuat secara atas talian adalah tidak akan dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR

(U/P : UNIT PELANTIKAN)

Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

Segala urusan panggilan ke sesi temuduga secara rasmi adalah melalui email. Pastikan email yang didaftarkan adalah aktif. 

Lokasi : PAHANG
Tarikh tutup : 19 OGOS 2016

IKLAN KEKOSONGAN
PERMOHONAN ONLINE