JAWATAN KOSONG TERBARU DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KKM - 29 JULAI 2016


JAWATAN KOSONG PENOLONG PEGAWAI TADBIR KEMENTERIAN KESIHATAN

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Tadbir N29 - TETAP

PERMOHONAN
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah beserta resume bergambar, salinan kad pengenalan dan salinan surat beranak serta salinan sijil-sijil akademik (PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah) yang telah DISAHKAN. Salinan dokumen hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/ Penghulu / Ketua Kampung sahaja).

KETUA EKSEKUTIF,
PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 5, MENARA PRISMA PLOT 3C4,
PRESINT 3, PERSIARAN PERDANA,
62675 PUTRAJAYA

Pemohon hendaklah tuliskan jawatan yang dipohon diatas sebelah kiri sampul surat. Permohonan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Lokasi : PUTRAJAYA
Tarikh tutup : 29 JULAI 2016

IKLAN KEKOSONGAN