JAWATAN KOSONG TERBARU PELBAGAI BIDANG DAN GRED DI MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA MPSJ - 08 OGOS 2016

JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA MPSJ

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ Ogos 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ sebagaimana berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29  - 02 Kekosongan
2. PENOLONG AKAUNTAN W29 - 01 Kekosongan
3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19 - 03 Kekosongan
4. PEMBANTU OPERASI (PENGASUH) N11 - 01 Kekosongan

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong dan maklumat jawatan boleh dilayari di pautan dibawah. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).
v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.

(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR*

Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh tutup : 08 OGOS 2016

IKLAN KEKOSONGAN