Cara Memohon Jawatan Kerajaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - Terbuka Sepanjang Tahun





Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadaptasi pengurusan elektronik dalam perkhidmatannya apabila sistem pengambilan berkomputer iaitu Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) diperkenalkan. Sistem ini direkabentuk dan dibangunkan oleh Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tahun 1995/96. Dengan adanya SMSM, ia akan memastikan urusan pengambilan dapat dilaksanakan secara berterusan.


Cara Mohon Jawatan di Laman SPA

Pendaftaran permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan sah laku untuk tempoh satu tahun. Permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam Bank Data berkomputer Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Pemohon diingatkan supaya mengisi borang dengan teliti dan memohon jawatan yang bertepatan dengan kelayakan yang diperolehi. Kesilapan mengisi borang menyebabkan calon-calon tidak akan didaftarkan.

Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia meliputi perkara-perkara berikut:-

1. MELANTIK
2. MENGESAHKAN DALAM PERKHIDMATAN
3. KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN
4. MENAIKKAN PANGKAT
5. MENUKAR
6. MENJALANKAN KAWALAN TATATERTIB

PERMOHONAN JAWATAN
Permohonan jawatan dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Sila lihat pautan : Maklumat Jawatan, Syarat Kelayakan & Gaji
Panduan : Cara Memohon Di Laman SPA

Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : TERBUKA SEPANJANG TAHUN



Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :