Jawatan Kosong di Majlis Daerah Baling 2018 - Kelayakan PMR, SPM & Diploma | Terbuka




Jawatan Kosong di Majlis Daerah Baling 2018

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Baling 2018
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Baling sebagaimana berikut:

1. Penolong Juruaudit W29
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
3. Pembantu Juruaudit W19
4. Penghantar Notis N11
5. Pembantu Awam H11
6. Pemandu Kenderaan H11

PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati di pautan dibawah secara percuma. Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-

i. Gambar berukuran passport
ii. Salinan Sijil Kelahiran
iii. Salinan Kad Pengenalan
iv. Salinan Sijil Peperiksaan
v. Lain-lain Sijil yang berkaitan

Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas/ Wakil Rakyat (Parlimen)/ Penghulu Kerajaan/ Ahli Majlis MDB Sahaja. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BALING,
09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN.

Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ di sebelah atas kiri sampul surat bagi setiap borang permohonan yang dikemukakan. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan ditemuduga. Pemohon-pemohon yang berjaya dipanggil untuk temuduga tetapi tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditemuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : KEDAH
Tarikh Tutup : 01 FEB 2018


Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :