JAWATAN KOSONG DI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI 2017 - 18 KEKOSONGAN / SYARAT PMR & SPM

JPS NEGERI

Jawatan Kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran JPS 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Jabatan Pengairan dan Saliran JPS sebagaimana berikut:

1. Pembantu Tadbir P/O N19 PSH
2. Pembantu Awam H11 PSH

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang JPS.SEL.03/2/29-PSH. Borang boleh dimuat turun di pautan dibawah. Penetapan pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut :

i. Pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
ii. Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor
iii. Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun.

Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat berikut : 

i. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
ii. Sekeping gambar terbaru berukuran passport
iii. Salinan Sijil Kelahiran pemohon;
iv. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
v. Salinan lesen memandu

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah menggunakan sampul saiz 23cm X 10cm :

PENGARAH
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR
TINGKAT 5, BLOK PODIUM SELATAN
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
40626 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

(U/P: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan & penempatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak Berjaya.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 16 OGOS 2017