JAWATAN KOSONG DI JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI NASIONAL JPNIN - GURU TADIKA PERPADUAN S29

JPNIN PAHANG

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN sebagaimana berikut:

1. Guru Tabika Perpaduan S29 - Gaji RM1,493.00 - RM5,672.00

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati di pautan dibawah. Borang permohonan yang lengkap (dalam 2 salinan) dengan GAMBAR berukuran pasport dan dikepilkan dengan salinan KAD PENGENALAN, SIJIL KELAHIRAN, SIJIL-SIJIL KELULUSAN, SIJIL BERHENTI SEKOLAH dan sijil lain hendaklah dihantar kepada : 

Pengarah 
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional 
Negeri Pahang Darul Makmur 
(Jabatan Perdana Menteri) 
Tingkat 2, Blok A-B, No. 211,213,217 dan 218 
Bangunan Centre Point, Jalan Haji Abdul Rahman 
25000 Kuantan Pahang 

Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan sahaja yang akan dijemput untuk menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas tiga bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Lokasi : PAHANG
Tarikh Tutup : 08 SEPT 2017