JAWATAN KOSONG TERBARU DI MIROS - GAJI RM1,496.00 - RM5,676.00

MIROS

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia MIROS 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di MIROS sebagaimana berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29

PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh diperolehi di pautan dibawah. Sertakan salinan sijil-sijil seperti berikut:

(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini;
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM;
(d) Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
(e) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
(f) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
(g) Surat pelepasan biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
(h) Sijil pendaftaran calon kurang upaya/surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan)

Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui pos ke alamat kami seperti berikut :

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Hanya permohonan yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang berjaya dipanggil temuduga akan dimaklumkan melalui emel atau surat panggilan temuduga.

Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 16 JUN 2017