JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS DAERAH PEKAN - TETAP & BERPENCEN / GAJI RM1,218.00 - RM5,672.00

MD PEKAN

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pekan 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Pekan sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Tadbir N29
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
3. Pembantu Tadbir P/O N19
4. Pembantu Akauntan W19
5. Pembantu Kesihatan Awam U19
6. Pembantu Kemahiran H19
7. Pembantu Awam H11
8. Pemandu Kenderaan H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh di muaturun di pautan dibawah. Borang permohonan hendaklah diisi dengan selengkapnya dengan disertakan SALINAN KAD PENGENALAN, SIJIL –SIJIL AKADEMIK, DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG TELAH DISAHKAN DAN GAMBAR BERWARNA BERUKURAN PASPORT (TERBARU) sebagaimana yang disyaratkan .

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

YANG DI PERTUA
MAJLIS DAERAH PEKAN
JALAN MAHKOTA
26600 PEKAN BANDAR DIRAJA
PAHANG DARUL MAKMUR

Permohonan yang tidak mematuhi/memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Lokasi : PAHANG
Tarikh Tutup : 05 MEI 2017