JAWATAN KOSONG TERBARU DI PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR - MINIMUM SPM / GAJI RM 1,352.00 - RM 9,618.00

JAWATAN KOSONG TERKINI PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR

Jawatan Kosong di Pejabat Menteri Besar Johor 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Pejabat Menteri Besar Johor sebagaimana berikut:

1. Pegawai Penyelidik Q41 - 02 Kekosongan
2. Pembantu Tadbir Gred N19 - 01 Kekosongan

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dimuat turun melalui pautan dibawah. Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan dokumendokumen seperti berikut : -

(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil berhenti sekolah
(iv) Lain-lain sijil/Diploma/Ijazah/surat akuan berkaitan.

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B /Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan. Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :-

PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,
ARAS 4, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR,
79502 ISKANDAR PUTERI,
JOHOR BAHRU.

Sila nyatakan Jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat pemohon. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Lokasi : JOHOR
Tarikh Tutup : 16 FEB 2017