JAWATAN KOSONG PELBAGAI GRED DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG UMP -GAJI RM1,352.00 - RM11,766.00

UMP

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang UMP 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang UMP sebagaimana berikut:

1. Jurutera J48
2. Pembantu Tadbir P/O N19
3. Pembantu Pustakawan S19

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Atas Talian.

Sila sediakan satu (1) set salinan borang permohonan, resume dan sijil-sijil berkaitan bagi setiap jawatan yang dipohon. Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak ditandatangan adalah tidak akan dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan sijil sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

(U/P : UNIT PELANTIKAN)

Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : PAHANG
Tarikh Tutup : 20 JAN 2017