JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS PERBANDARAN KULIM - MINIMUM SPM / GAJI RM1,100.00 - RM5,672.00

JAWATAN MAJLIS PERBANDARAN KULIM MPKK

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulim 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kulim sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Tadbir N29
2. Pembantu Tadbir P/O N19
3. Pekerja Sambilan Harian PSH

PERMOHONAN
Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan dibawah. Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut :-

a) 2 keping gambar berukuran passport
b) Salinan Sijil Kelahiran
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Salinan Sijil Peperiksaan
e) Lain-lain Sijil yang berkaitan.
3) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 25 sm x 32 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon. Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KULIM
NO. 1, LEBUH BANDAR 2
BANDAR PUTRA
09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN

(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Lokasi : KULIM, KEDAH
Tarikh Tutup : 31 JAN 2017
BORANG PERMOHONAN