JAWATAN KOSONG TERBARU DI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN PKNNS - GAJI RM1,216.00 - RM4,003.00

PKNNS

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan PKNNS 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan PKNNS sebagaimana berikut:

1. Pembantu Tadbir P/O N19
2. Pembantu Akauntan W19
3. Pembantu Operasi N11

PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan latar diri (resume) yang mengandungi perkara-perkara berikut :

(i) Latarbelakang Pendidikan
(ii) Pengalaman Bekerja
(iii) Kemahiran
(iv) Penglibatan Luar
(v) Rujukan
(vi) Nombor Telefon terkini untuk dihubungi.

Setiap permohonan hendaklah menyertakan salinan fotostat Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil kelayakan akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan yang telah disahkan benar. Permohonan yang lengkap hendaklah dilampirkan Surat Iringan (Cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kepada :

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
P.O.BOX 158, JALAN YAM TUAN,
70710 SEREMBAN. NEGERI SEMBILAN

(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)

Permohonan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak. Hanya calon-calon yang ditapis senarai untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Lokasi : NEGERI SEMBILAN
Tarikh Tutup : 09 JAN 2017