JAWATAN KOSONG TERBARU DI PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI JOHOR - GAJI RM1,353.00 - RM9,585.00

PEJABAT PERBENDAHARAAN JOHOR

Jawatan Kosong Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor sebagaimana berikut:

1. AKAUNTAN WA41
2. PENOLONG AKAUNTAN W29
3. PEMBANTU AKAUNTAN W19

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang PKNJ(T)01 yang asal yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau mengambil sendiri di kaunter Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor atau layari laman web PNJ.  Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut :

1. Sijil Kelahiran
2. Kad Pengenalan
3. Sijil Persekolahan/Diploma/Ijazah/Berhenti Sekolah
4. Lain-lain Surat Akuan

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat :-

Pegawai Kewangan Negeri
Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor,
Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad
Pusat Pentadbiran Kota Iskandar,
79592 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.

Sila nyatakan Jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat pemohon. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Lokasi : JOHOR
Tarikh Tutup : 29 DIS 2016
BORANG PERMOHONAN