JAWATAN KOSONG TERBARU PEJABAT PENGARAH TANAH & GALIAN - GAJI RM1,493.00 - RM5,672.00




JAWATAN KOSONG PEJABAT TANAH DAN GALIAN

Jawatan Kosong Pejabat Pengarah Tanah dan Galian PPTGWP 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian PPTGWP sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Tanah NT29

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan PPTGWP yang dilampirkan bersekali dengan iklan ini di pautan dibawah. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen yang telah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu/ Ketua Kampung mengikut susunan seperti yang berikut :

i. Salinan kad pengenalan;
ii. Salinan sijil kelahiran/ surat beranak;
iii. Salinan SPM/ SPMV/ STPM atau setaraf;
iv. Salinan diploma/ sijil; dan
v. Sekeping gambar berukuran pasport (latar belakang biru).

Permohonan hendaklah  dihantar ke alamat seperti yang berikut :

Pengarah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 4, Rumah Persekutuan
Jalan Sultan Hishamuddin
50678 Kuala Lumpur

(u.p.: Puan Norazilawati binti Rohanuddin)

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : KUALA LUMPUR
Tarikh Tutup : 30 DIS 2016


Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :