JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS DAERAH JELEBU - GAJI RM1,353.00 - RM5,674.00

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH JELEBU

Jawatan Kosong Majlis Daerah Jelebu 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Jelebu sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
2. Penolong Pegawai Tadbir N29
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Majlis Daerah Jelebu yang boleh didapati sendiri di pautan dibawah. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan dan mengikut susunan berikut :-

i) Salinan Kad Pengenalan
ii) Salinan sijil PMR/SRP/MCE/SPM/HSC/ STPM atau setaraf
iii) Salinan Sijil Politeknik atau setaraf
iv) Salinan Semakan Pengiktirafan Kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam

Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Lokasi : NEGERI SEMBILAN
Tarikh Tutup : 31 DIS 2016

IKLAN KEKOSONGAN
BORANG PERMOHONAN