JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS DAERAH TANJUNG MALIM MDTM - GAJI RM1 216.00 - RM4 052.00

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH TANJUNG MALIM PERAK

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjung Malim MDTM 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Tanjung Malim MDTM sebagaimana berikut:

1. PEMBANTU OPERASI N11 / N14
2. PENGHANTAR NOTIS N11 / N14
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
4. PEMBANTU TADBIR P/O N17
5. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

PERMOHONAN
Permohonan jawatan yang ditawarkan boleh dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong di E-Gerbang Perak Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan diserahkan beserta dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran passport. 

Borang permohonan jawatan kosong juga boleh didapati di kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Daerah Tanjong Malim dengan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu Sahaja) dan dokumen sokongan seperti di perkara (i) hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan permohonan jawatan dan di alamatkan seperti di bawah :-      

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjong Malim
Peti Surat 59,
35900 TANJONG MALIM

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Lokasi : PERAK
Tarikh tutup : 14 NOV 2016

IKLAN KEKOSONGAN