JAWATAN KOSONG TERBARU PELBAGAI GRED DI MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA MAIM - 26 SEPT 2016

JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka MAIM September 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Agama Islam Melaka MAIM sebagaimana berikut:

1. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
2. Pembantu Hal Ehwal Islam S26
3. Pembantu Tadbir P/O N19
4. Pembantu Operasi N11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dari Kaunter Majlis Agama Islam Melaka atau boleh dimuat turun di pautan dibawah. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Melaka,
Aras 1, Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400
Melaka.
(U.P : Bahagian PSM dan Penerbitan MAIM)

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk di temuduga. MAIM tidak akan menanggung sebarang tuntutan perbelanjaan apabila dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya

Lokasi : MELAKA
Tarikh tutup : 26 SEPT 2016

IKLAN KEKOSONGAN
BORANG PERMOHONAN