JAWATAN KOSONG TERBARU PELBAGAI BIDANG DAN GRED DI MAJLIS DAERAH KUBANG PASU MDKP - 07 SEPT 2016

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH KUBANG PASU

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu MDKP September 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Kubang Pasu MDKP sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PEGAWAI PENILAIAN W41
3. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41
4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29
5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP Am 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping) yang boleh didapati di bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu MULAI 31 OGOS 2016.

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-

(a) Kad Pengenalan diri
(b) Sijil Kelahiran
(c) Sijil-sijil persekolahan
(d) Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) 
(e) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (Jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima)
(f) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
(g) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).

Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua
Majlis Daerah Kubang Pasu
Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
06000 Jitra
Kedah Darul Aman.

Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Lokasi : KEDAH
Tarikh tutup : 07 SEPT 2016

IKLAN KEKOSONGAN MDKP