JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR DI MUZIUM NEGERI KEDAH - 17 JULAI 2016



JAWATAN KOSONG MUZIUM NEGERI KEDAH

Muzium Negeri Kedah Darul Aman Julai 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di  Muzium Negeri Kedah Darul Aman sebagaimana berikut:

1. Pembantu Tadbir Kewangan W19

PERMOHONAN
Borang MNK 1/16 (berharga RM 1.00) boleh didapati di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Pejabat Muzium Negeri Kedah Darul Aman. Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat berikut:-

PENGARAH,
MUZIUM NEGERI KEDAH DARUL AMAN,
LEBUHRAYA DARUL AMAN,
BAKAR BATA,
05100 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak. 

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Lokasi : KEDAH
Tarikh tutup : 17 JULAI 2016

IKLAN KEKOSONGAN DAN PERMOHONAN