MB UMUM 3 BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN SELANGOR SEMPENA AIDILFITRI 2016



3 BONUS RAYA SELANGOR

Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bmengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak satu bulan setengah gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri di Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK hari ini.

Beliau berkata, seramai 17,528 penjawat awam Selangor bakal menerima bonus pada 1 Julai ini melibatkan peruntukan RM45.6 juta.

"Tidak wajarlah sekadar ucapan terima kasih atas komitmen penjawat awam tanpa sebarang insentif.

"Maka, kita bersetuju memberikan tiga insentif termasuk bantuan kewangan aidilfitri, kenaikan gaji sebanyak dua kali bagi 2016 dan kenaikan imbuhan tetap perumahan untuk penjawat awam Gred 41 ke bawah," katanya di hadapan lebih 1,000 penjawat awam.

BONUS RAYA SELANGOR 2016 SATU BULAN SETENGAH GAJI

Mohamed Azmin berkata, penjawat awam bakal menerima dua kenaikan gaji iaitu kenaikan biasa dan kenaikan khas.

"Sejumlah RM6.38 juta sudah disediakan bagi kenaikan pertama bermula 1 Julai ini.

"Sementara itu, imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah dinaikkan daripada RM180 kepada RM300," katanya disambut sorakan hadirin.

via Selangorku