Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019

Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program ljazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)



KETERANGAN PROGRAM  
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

SYARAT UMUM  
1. Warganegara Malaysia.  
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.  
3. Sihat tubuh badan.  
4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.  
   
SYARAT AKADEMIK  
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.

2. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; 
ii. Bahasa Inggeris; dan 
iii. Sejarah

Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).  Semua pemohon perlu melayari laman web https://pismp.moe.gov.my mulai 19 Mac 2019 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program dan cara memohon. 

Tarikh Tutup: 25 MAC 2019