Skim Rumah Pertamaku (SRP) Untuk Pekerja Sektor Swasta

Skim Rumah Pertamaku (SRP) Untuk Pekerja Sektor Swasta

Pengenalan Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi- institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Ciri-Ciri dan Faedah Utama

[+] Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
[+] Pembiayaan sehingga 100%
[+] Harta kediaman sahaja

Kriteria Kelayakan

1. Warganegara Malaysia sahaja
2. Pembeli rumah pertama
3. Pekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
4. Individu berumur tidak lebih daripada 40 tahun
5. Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
6. Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah

Harta Yang Layak

1. Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
2. Nilai minimum hartanah RM100,000
3. Nilai maksimum hartanah RM500,000
4. Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)


Cara Untuk Memohon Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku

Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat dibawah.




Maklumat lanjut sila layari laman rasmi Skim Rumah Pertamaku SRP DISINI