Nak Buat Resume? 10 Laman Web Ini Boleh Bantu Anda

Nak Buat Resume? 10 Laman Web Ini Boleh Bantu Anda

Resume amat penting sekali dalam proses memohon pekerjaan. Resume anda akan dijadikan rujukan awal majikan dalam memilih dan meneliti permohonan jawatan anda sebelum diambil bekerja dibawah mereka.

Ada dikalangan kita yang ambil mudah proses penyediaan resume dengan sekadar meletakkan informasi yang tunggang-langgang di ruangan resume kerana berasakan kelayakan serta pencapaian yang tinggi sudah memadai. Majikan bukan sahaja menilai tahap pencapaian dan kelayakan anda, bahkan penyediaan resume yang kemas dan lengkap akan diambil kira.

Bagi membantu anda dalam menyediakan dokumen penting itu, kami kongsikan 10 laman web yang boleh digunakan untuk membuat resume yang kemas dibawah.

1. Standard Resume

[+] Kemas dan sangat mudah digunakan
[+] Muat turun resume dan boleh dicetak terus

2. EnhanCV

[+] Pengguna boleh bina resume dengan proses yang teratur
[+] Menawarkan tips serta contoh



3. Canva

[+] Banyak pilihan rekaan template yang menarik

4. The Ladders

[+] Antaramuka yang mesra pengguna
[+] Menawarkan template yang kemas, sesuai dengan kerjaya profesional yang dipohon.

5. VisualCV

[+] Contoh resume khusus mengikut industri
[+] Antaramuka kemas

6. Resume.com

[+] Proses buat resume yang pantas dan mudah
[+] Terdapat 24 template yang boleh diakses percuma

7. CV Maker

[+] Pengguna tidak perlu daftar masuk
[+] Mempunyai beberapa pilihan suntingan teks

8. Resume Now

[+] Akses percuma kepada 21 template
[+] Mudah digunakan

9. Novoresume

[+] Paparan antaramuka yang memudahkan proses membuat resume
[+] Banyak pilihan template

10. ResumeBucket

[+] Kandungan yang siap ditulis sebagai jadikan panduan anda mengisi ruang
[+] Mudah digunakan


Kongsikan kepada keluarga dan teman anda rasa yang memerlukan maklumat ini.