Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) Tahun 2019 - Seluruh Negara




Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak  (Tabika/Taska) Tahun 2019

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) Tahun 2019

1. SYARAT
1. Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1.2 Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan.
1.3 Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip
1.4 Nilai CGPA 2.70 ke atas
1.5 Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
2.1 Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
2.2 Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
2.3 Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan dibawah. Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan.  Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakanakan ditolak. Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di PAUTAN DIBAWAH sahaja yang akan diterima. Permohonan ditutup pada 05 November 2018.

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga. Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Permohonan



Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :