Cara Memohon Jawatan Jururawat U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia KKM - Terbuka Sepanjang Tahun

Cara-Memohon-Jawatan-Jururawat-U29

Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia KKM sebagaimana berikut:

1. Jururawat U29 - Lelaki / Wanita

PERMOHONAN
Anda yang berminat untuk menjadi Jururawat Gred U29 diwajibkan memiliki Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia sebelum memohon jawatan Jururawat U29.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Diploma Kejururawatan boleh memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Jururawat) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia KKM atau pun menyambung pembelajaran dalam Bidang Kejururawatan di Institusi Pendidikan Tinggi Awam / Swasta.

Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Sila lihat pautan : 
Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Syarat Kelayakan & Gaji Jururawat U29

Panduan : Cara Memohon Di Laman SPA

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : TERBUKA SEPANJANG TAHUN