Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya 2018 - Pelbagai Jawatan

MPHTJ

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya 2018
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Senibina JA29
2. Penolong Akauntan W29

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati melalui pautan dibawah. 

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon. Pemohon hendaklah menyediakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm beserta stem RM0.60 sen semasa menghantar borang permohonan dan hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul dan alamat surat menyurat.

Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
SF-01, Aras 2,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : MELAKA
Tarikh Tutup : 02 FEB 2018