Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia LPNM - Seluruh Negara | Pelbagai Jawatan

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia LPNM

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia LPNM 2018
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia LPNM sebagaimana berikut:

1. AKAUNTAN WA41
2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
4. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19
5. PEMBANTU OPERASI N11
6. PEMANDU KENDERAAN H11

PERMOHONAN
Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan seperti di atas, borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui pautan dibawah. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat. Sila gunakan borang dengan menyertakan salinan sijil secara berasingan sekiranya memohon lebih dari satu jawatan.

Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah
dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut :

i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Lesen Memandu
iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip –
Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi) Surat sokongan/kebenaran
vii) Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
viii) Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)

Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No.5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan - Unit Perjawatan)

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri. 
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman rasmi akan dikeluarkan oleh LPNM.

Lokasi : PELBAGAI NEGERI
Tarikh Tutup : 18 FEB 2018