JAWATAN KOSONG TERKINI DI MIROS - MINIMA SPM / PELBAGAI JAWATAN

MIROS

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia MIROS 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di MIROS sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
3. FELO PERKHIDMATAN (SETARA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41)

PERMOHONAN
Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun melalui pautan dibawahSila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:

(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
(d) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari \ pusat-pusat pengajian tinggi;
(e) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
(f) Surat pelepasan biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan dan Sijil
pendaftaran calon kurang upaya/surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan
Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan).

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 22 SEPT 2017