JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR MDHS - 22 KEKOSONGAN / PELBAGAI JAWATAN

MDHS

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor MDHS 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor MDHS sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
2. Penolong Arkitek Landskap JA29
3. Penolong Pegawai Penilaian W29
4. Penolong Pegawai Tadbir N29
5. Pembantu Tadbir P/O N19
6. Penghantar Notis N11
7. Pemandu Kenderaan H11
8. Pembantu Awam H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE iaitu melalui laman sesawang MDHS di pautan dibawah. Sila isi maklumat diruangan yang disediakan. Maklumat yang bertanda (*) wajib diisi. Salinan dokumen ini diperlukan sekiranya permohonan tuan/puan layak dipanggil untuk menghadiri temuduga. (Salinan yang telah DISAHKAN dari salinan asal).

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan.
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika yang berkenaan).
iv) Transkip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).

Setelah tuan / puan berjaya menghantar permohonan secara online, pihak MDHS memerlukan dokumen-dokumen yang perlu dihantar secara pos ke MDHS (dalam bentuk salinan dan telah disahkan):

1. Gambar ukuran passport
2. Sijil kelahiran
3. Kad Pengenalan
4. Sijil-sijil akademik (yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja)
5. Sijil berhenti sekolah

Sila pastikan dokumen-dokumen ini dihantar secara pos ke MDHS dengan dimasukkan ke dalam sampul surat, ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:


YANG DIPERTUA, 
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR,  
JALAN BUKIT KERAJAAN, 
44000 KUALA KUBU BHARU. 

(u.p.:  Jabatan Khidmat Pengurusan)

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 14 OGOS 2017