LOKASI CAWANGAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA UNTUK SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT





Viral baru-baru ini di laman sosial mengenai Wang Tak Dituntut dimana seorang individu menyiarkan bagaimana caranya mendapatkan wang miliknya yang tidak dituntut.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa ada sejumlah wang milik kita di dalam bank, firma insuran atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya. Wang yang tidak pernah diambil ini akan disimpan oleh Jabatan Akauntan Negara di bawah simpanan Wang Tak Dituntut. Semakan Wang Tak Dituntut boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara

Cara membuat semakan adalah cukup mudah, hanya perlu isi borang dan serahkan MyKad di kaunter di mana-mana Pejabat Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia secara percuma.

Lokasi cawangan Jabatan Akauntan Negara untuk Semak Wang Tak Dituntut .

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Negeri Sembilan
Tingkat. 10,Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka

Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Sabah
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,
Sabah, 88400 Kota Kinabalu

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,
Perlis, Taman Pekeliling,
01000 Kangar, Perlis

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Labuan
Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan, Jalan Bukit Timbalai, 87016 Labuan,
Sabah, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Johor
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru,
Johor

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kelantan
Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,
Kelantan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perak.
Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Terengganu.
Tingkat 11, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu, Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kedah
Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah,
Kampung Anak Bukit, 06550 Alor Setar,
Kedah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Pulau Pinang
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Sri Aman.
Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,
Sarawak, 95000 Sri Aman, Sarawak

Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,
25000 Kuantan,
Pahang.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor

====================================




Cara mendapatkan Wang Tak Dituntut di JANM.

1. Hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

2. Isi borang dan bawa Kad pengenalan diri atau IC. Pegawai akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.

3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui cara kredit terus (bank in).

5. Seterusnya pergi bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Surat Pengesahan akan diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.

6. Selepas dokumen dan borang lengkap diisi telah dihantar ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Wang akan dimasukkan secara dimasukkan ke akaun dalam masa 30 hari.


Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

0 Response to "LOKASI CAWANGAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA UNTUK SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT"

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :