JAWATAN KOSONG TERKINI LHDN - 232 KEKOSONGAN SELURUH NEGARA

LDHN

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN sebagaimana berikut:

1. Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 - 200 Kekosongan
2. Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41 - 10 Kekosongan
3. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 - 10 Kekosongan 
4. Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 41 - 06 Kekosongan 
5. Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred 41 - 01 Kekosongan 
6. Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41 - 05 Kekosongan

PERMOHONAN
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : 02 OGOS 2017