JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN KAMPONG BHARU PKB - PEMBANTU TADBIR N19 / MIN. SPM

PKB

Jawatan Kosong di Perbadanan Kampong Bharu PKB 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Perbadanan Kampong Bharu PKB sebagaimana berikut:

1. Pembantu Tadbir N19

PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat bolehlah mengemukakan dokumen-dokumen berikut :

(i) Resume;
(ii) Salinan Sijil Kelahiran;
(iii) Salinan Kad Pengenalan;
(iv) Salinan Berhenti Sekolah
(v) Salinan Sijil SPM;
(vi) Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan
(vii) Salinan sijil-sijil ko-kurikulum.

Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung). Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
Aras Bawah, 1 & 2, Rumah ROHAS,
Lot 61, Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300 KUALA LUMPUR.

(u.p : Unit Khidmat Pengurusan)

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah mengangap permohonan mereka tidak berjaya.

Lokasi : KUALA LUMPUR
Tarikh Tutup : 30 JUN 2017