JAWATAN KOSONG TERKINI DI UPSI - MINIMUM PMR / PELBAGAI JAWATAN & GRED

UPSI

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI sebagaimana berikut:

1. Pegawai Kebudayaan B41
2. Penolong Pegawai Tadbir N29
3. Penolong Pegawai Pertanian G29
4. Pereka B20
5. Pembantu Awam H11

PERMOHONAN
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online UPSI melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak. Permohonan juga perlu dihantar / dipos bersama-sama sijil berkaitan ke UPSI, permohonan yang tidak dihantar / dipos ke UPSI akan ditolak.

Untuk jawatan bukan akademik perlu mengisi borang dengan lengkap:

1. Cetak CV lengkap dan lekatkan gambar
2. Lampirkan salinan-salinan keputusan SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan). 

Sila hantarkan permohonan ke alamat :

Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak

Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Lokasi : PERAK

Tarikh Tutup : 22 JUN 2017