JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR MBAS - TETAP & BERPENCEN (MINIMUM PMR /SPM /DIPLOMA)

MBAS

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar MBAS 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar MBAS sebagaimana berikut:

1. Pen. Pegawai Undang-undang L29
2. Pen. Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
3. Pen. Pegawai Senibina JA29
4. Pen. Juruukur Bahan JA29
5. Pen. Pegawai Pertanian G29
6. Pembantu Tadbir P/O N19
7. Pembantu Awam H11

PERMOHONAN
Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang dikenakan bayaran RM 7.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh sahaja). Satu borang permohonan jawatan hanya untuk satu jawatan yang dipohon. Borang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan Tingkat 11, Menara MBAS Jalan
Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah .Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat :

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR, 
05675 ALOR SETAR, KEDAH.

Sila nyatakan nama jawatan dan gred yang hendak dipohon di sebelah kiri atas pada sampul surat permohonan berkenaan dan semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen seperti berikut :

1. Gambar berukuran pasport
2. Kad pengenalan 
3. Sijil kelahiran
4. Sijil-sijil persekolahan
5. Kelulusan akademik 
6. Transkrip keputusan peperiksaan 
7. Lain-lain dokumen sokongan 

Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Lokasi : KEDAH
Tarikh Tutup : 08 JUN 2017