JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT MDKL - TETAP & BERPENCEN / GAJI RM1,218.00 - RM9,643.00

MDKL

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Langat MDKL 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Langat MDKL sebagaimana berikut:

1. ARKITEK J41
2. JURUUKUR BAHAN J41
3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29
4. PENOLONG PEGAWAI UNDANG­-UNDANG L29
5. PEMBANTU AKAUNTAN W19
6. PEMBANTU TADBIR P/O N19
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
8. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
9. PEMBANTU OPERASI N11
10. PEMANDU KENDERAAN H11
11. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
12. PEMBANTU AWAM H11

PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi melalui pautan dibawah. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung. 

Hantarkan permohonan anda ke alamat dibawah :

Majlis Daerah Kuala Langat
Persiaran Majlis,
Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting,

Selangor Darul Ehsan. 

Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 28 APRIL 2017