JAWATAN KOSONG TERKINI DI UPSI - AMBILAN 2017 / GAJI RM3,611.00 - RM13,256.00

UPSI

Jawatan Kosong di UPSI 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di UPSI sebagaimana berikut:

1. Pegawai Perubatan UD43
2. Pegawai Pergigian UG44/48/52/54

PERMOHONAN
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online UPSI melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Setelah permohonan lengkap diisi,
1. Sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan.
2. Sila lampirkan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan).
3. Dihantarkan ke alamat yang tertulis di bawah dan bukan diemel.

Sila hantarkan permohonan ke:
Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

Lokasi : PERAK
Tarikh Tutup : 21 MAC 2017