JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS DAERAH SEGAMAT - TETAP & BERPENCEN / GAJI RM1,205.00 - RM4,052.00

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH SEGAMAT TERKINI

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Segamat 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Segamat sebagaimana berikut:

1. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S19
2. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
3. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
4. PEMBANTU AWAM H11
5. PEMANDU KENDERAAN H11
6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

PERMOHONAN
Pemohon hendaklah hadir ke Pejabat Majlis Daerah Segamat bersama-sama salinan dokumen-dokumen berikut :-

(i) Kad Pengenalan Diri;
(ii) Sijil Kelahiran;
(iii) Sijil-sijil Persekolahan;
(iv) Sijil Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)*mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;
(v) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima);
(vi) Satu keping gambar terkini berukuran 'passport';
(vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain(jika ada)

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Segamat dengan hanya RM2.00. (Borang permohonan hanya akan dikeluarkan kepada calon yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja).

**Peringatan : Semua salinan dokumen di atas hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan Professional) atau Penghulu Mukim.

Lokasi : JOHOR
Tarikh Tutup : 20 MAC 2017