JAWATAN KOSONG TERBARU DI YAYASAN ISLAM TERENGGANU YIT - PELBAGAI GRED / GAJI RM1,352.00 - RM9,544.00

YAYASAN ISLAM TERENGGANU

Jawatan Kosong di Yayasan Islam Terengganu YIT 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Yayasan Islam Terengganu YIT sebagaimana berikut:

1. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
2. Guru Sandaran DC41
3. Penolong Akauntan W29
4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
5. Penolong Pegawai Tadbir N29
6. Pembantu Khas / Pembantu Setiausaha Pejabat N19
7. Pembantu Hal Ehwal Islam S19 

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan borang Yayasan Islam Terengganu yang boleh diperolehi secara percuma di Ibu Pejabat Yayasan Islam Terengganu. Borang juga boleh didapati melalui PAUTAN dibawah. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang YITR.01/2017

Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaharu berukuran passport dan salinan yang diakui sah dokumen-dokumen berikut :

(i) Sijil Kelahiran/surat beranak;
(ii) Kad Pengenalan;
(iii) Sijil tamat sekolah;
(iv) Sijil SRP/PMR, SPM/STA, STPM/STAM;
(v) Diploma/Ijazah bersama pengiktirafan JPA (yang perlu sahaja);
(vi) Transkrip Rasmi Ijazah.
(vii) Salinan Kad Pengenalan Bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.
(viii) Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu jika pemohon dan bapanya lahir di luar Negeri Terengganu.

Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja bagi setiap jawatan yang dipohon. Sekiranya permohonan jawatan lebih dari satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan. Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :

PENGARAH
YAYASAN ISLAM TERENGGANU,
TINGKAT 9, 10 & 11,
MENARA YAYASAN ISLAM TERENGGANU,
JALAN SULTAN OMAR,
20300 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil/dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah mengganggap mereka TIDAK BERJAYA.

Lokasi : TERENGGANU
Tarikh Tutup : 28 FEB 2017