JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU MBJB - PELBAGAI JAWATAN / GAJI RM1,218.00 - RM9,547.00

JAWATAN KOSONG MBJB

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru MBJB 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru MBJB sebagaimana berikut:

1. Pegawai Penguat Kuasa KP41
2. Penolong Juruukur Bahan JA29
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa JA29
4. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29
5. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
6. Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat N19
7. Pengawal Keselamatan KP11
8. Pemandu Kenderaan H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan melalui PAUTAN dibawah. Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah; 
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA (Diploma/Ijazah);
(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
(viii) salinan kad pengenalan; dan
(ix) gambar berukuran pasport terbaru.  

Setiap salinan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya

Lokasi : JOHOR
Tarikh Tutup : 28 FEB 2017