JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS DAERAH SETIU MDS - AMBILAN 2017 / GAJI RM1,216.00 - RM5,121.00

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH SETIU MDS

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Setiu MDS 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Setiu sebagaimana berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29
3. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) JA19
4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
5. PEMBANTU OPERASI N11

PERMOHONAN
Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDS. TR. 1 yang boleh didapati di pautan dibawah. Permohonan hendaklah disertakan satu salinan dokumen yang berkaitan yang disahkan seperti berikut :-

(i) Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Surat Berhenti Sekolah yang disahkan
(ii) Sijil kelulusan pelajaran yang disahkan
(iii) Diploma (salinan keputusan peperiksaan/transkrip TIDAK DITERIMA)
(iv) Kad Pengenalan Ibu bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu. Dan ;
(v) Sekeping gambar warna (terkini) berukuran passport (lekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)

Borang permohonan yang lengkap sempurna diisi hendaklah di hantar ke alamat di bawah dan sila nyatakan jawatan yang dipohon di hujung kiri penjuru sampul surat :

Yang Dipertua, 
Majlis Daerah Setiu, Wisma NDS
22100 Bandar Permaisuri, 
Setiu, Terengganu

Permohonan yang tidak mematuhi/memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.

Lokasi : TERENGGANU
Tarikh Tutup : 21 FEB 2017