JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG - PELBAGAI GRED / GAJI RM1,498.00 - RM9,643.00



KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kajang 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang sebagaimana berikut:

1. Arkitek J41
2. Penolong Pegawai Penilaian W29 

PERMOHONAN
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui PAUTAN dibawah. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :

1. Salinan Kad Pengenalan.
2. Sijil Kelahiran.
3. Sijil – sijil Persekolahan.
4. Sekeping Gambar Berukuran Pasport.

Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

(u/p: Bahagian Sumber Manusia.) 

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 01 MAC 2017



Sila Kongsi Untuk Manfaat Bersama :

Sponsored

LANGGAN INFO JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA SECARA PERCUMA:

0 Response to "JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG - PELBAGAI GRED / GAJI RM1,498.00 - RM9,643.00"

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan

HEBAHAN JAWATAN KOSONG SECARA PERCUMA :