JAWATAN KOSONG TERKINI DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR KUIS

KUIS

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS sebagaimana berikut:

1. Pembantu Am Rendah

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang boleh diperolehi dengan mencetaknya dari pautan dibawah. Sila catatkan nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut :-

a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;
c. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan (sekiranya ada);
d. Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
e. Sijil Kokurikulum;
f. Profil Peribadi/Resume.

Permohonan hendaklah sampai kepada:

KETUA
BAHAGIAN PENGURUSAN INSAN
PEJABAT PENDAFTAR
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Lokasi : SELANGOR
Tarikh Tutup : 12 JAN 2017