JAWATAN KOSONG TERBARU DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN UNISZA - GAJI RM6072.00 - RM13,180.00

JAWATAN DI UNISZA TERENGGANU

Jawatan Kosong di Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA sebagaimana berikut:

1. Pendaftar - Gaji RM6072.00 – RM13,138.00
2. Bendahari - Gaji RM6,122.00 – RM13,180.00

PERMOHONAN
Calon boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan maklumat seperti berikut :

a) Curriculum vitae (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar ukuran passport, salinan sijil akademik, lain –lain dokumen sokongan; dan
b) Ringkasan perancangan sekiranya dilantik sebagai Pendaftar.

Calon hendaklah disahkan sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada :

Naib Canselor
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

Emel: canseleri@unisza.edu.my

Proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka di mana pihak Universiti boleh mencalonkan mana-mana calon yang dirasakan sesuai untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilih.

Lokasi : TERENGGANU
Tarikh Tutup : 09 FEB 2017