JAWATAN KOSONG TERKINI DI POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - MINIMUM SPM

JAWATAN KOSONG DI POLITEKNIK

Jawatan Kosong di Politeknik Ibrahim Sultan PIS 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Politeknik Ibrahim Sultan PIS sebagaimana berikut:

1. Pembantu Tadbir P/O N19 - PSH

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang PIS PENT/04/31 yang boleh didapati terus di Unit Pentadbiran PIS atau melalui pautan dibawah. Setiap permohonan hendaklah disertakan resume dan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil berhenti sekolah dan salinan sijil kelulusan. Salinan dokumen dokumen yang berkenaan hendaklah dicetak di atas kertas saiz A4 dan diakui sah sama ada oleh Pengetua/Guru Besar (Sekolah Kerajaan Sahaja), Penghulu atau Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Unit Khidmat Pengurusan (UKP), PIS melalui alamat seperti berikut:

Pengarah
Politeknik Ibrahim Sultan,
KM 10, Jln Kong Kong,
81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim,

(u.p.: Unit UKP)

Permohonan terbuka kepada semua yang layak kecuali mereka yang sedang berkhidmat secara sepenuh masa sama ada di sektor awam atau swasta. Calon-calon yang tidak mendapat maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap telah tidak berjaya dalam urusan pengambilan ini.

Lokasi : JOHOR
Tarikh Tutup : 12 JAN 2017