JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAJLIS PERBANDARAN NILAI MPN - MINIMUM SPM / GAJI RM1,377.00 - RM5,701.00

MP NILAI TERKINI

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai MPN 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Nilai MPN sebagaimana berikut:

1. Penolong Arkitek Landskap JA29
2. Penolong Pegawai Penerangan S29
3. Pembantu Kemahiran H19

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (M.P.N.) 1/01 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.05 (termasuk CBP 6%)Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan :-

i) Salinan MyKad;
ii) Salinan Sijil Lahir
iii) Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang);
iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan

Semua salinan sijil tidak perlu disahkan oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Ketua Kampung/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri. Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Nilai
NO.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai
Peti Surat No. 52
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Hanya calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan/atau temu duga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.

Lokasi : NEGERI SEMBILAN
Tarikh Tutup : 07 FEB 2017