JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS DARAH BESUT - TETAP & BERPENCEN / GAJI RM1,498.00 - RM5,678.00

MAJLIS DAERAH BESUT

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Besut 2017
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Besut sebagaimana berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM1.00 satu set di Kaunter Bersepadu, Pejabat Majlis Daerah BesutBorang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BESUT
22200 BESUT
TERENGGANU

(U.P.: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

(i) Kad Pengenalan diri;
(ii) Sijil Kelahiran;
(iii) Sijil-Sijil Persekolahan;
(iv) Kelulusan akademik (Sijil/Diploma) mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon;
(v) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma sebenar masih belum diterima);
(vi) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport; dan
(vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada).

Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan butiran dan maklumat
yang diperlukan. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti dalam iklan akan DITOLAK serta merta. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Lokasi : TERENGGANU
Tarikh Tutup : 02 FEB 2017