JAWATAN KOSONG TERBARU DI MAJLIS DAERAH YONG PENG - GAJI RM1,218.00 - RM5,701.00

MAJLIS DAERAH YONG PENG

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yong Peng 2016
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Yong Peng sebagaimana berikut:

1. Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
4. Penolong Jurutera (Ukur Bahan) JA29
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
6. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
7. Pembantu Tadbir (Teknologi Maklumat) N19
8. Pembantu Awam H11
9. Pemandu Kenderaan H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM1.00 satu set di Pejabat Majlis Daerah Yong Peng atau dengan dimuatturun atau dicetak dari pautan dibawahBorang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH YONG PENG
KM 1 JALAN LABIS
83700 YONG PENG
JOHOR DARUL TA’ZIM

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut yang telah DISAHKAN:-

(i) Kad pengenalan diri;
(ii) Sijil kelahiran;
(iii) Sijil-Sijil Persekolahan
(iv) Kelulusan akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon;
(v) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma/ijazah sebenar masih belum diterima)
(vi) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran `passport’
(vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)

Bagi kelayakan Sijil/Diploma/Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web Interaktif JPA dan lampirkan bersama borang permohonan. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan butiran
dan maklumat yang diperlukan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Lokasi : JOHOR
Tarikh Tutup : 15 DIS 2016

IKLAN KEKOSONGAN